Rabu, 10 Julai 2013

Kurangkan Penggunaan Botol Plastik

Botol plastik terbahagi kepada dua jenis,iaitu botol plastik yang boleh di gunakan semula,(jenis polikarbonat) dan botol air mineral biasa (jenis polyethylene terepthalate,PET)

Secara umumnya,air yang terdapat dalam botol dikatakan lebih baik daripada air paip atau air yang telah di masak.Ini kerana kandungan air dalam botol tidak di cemari oleh persekitaran selagi penutup botol tersebut belum dibuka.Air juga mudah di bawa dalam botol kerana ia ringan,tahan panas serta tidak mudah pecah lebih -lebih lagi sewaktu mendaki gunung atau melawat kawasan yang kurang bersih.

Air dalam botol yang terdapat di pasaran biasanya terdiri daripada air meneral,air osmosis terbalik (RO) air suling ,jus dan minuman berkabonat.Walaupun botol ini mempunyai kelebihannya,namun ia mempunyai pontensi untuk memudaratkan alam sekitar dan kesihatan.Antara kesan botol plastik kepada alam sekitar adalah;

1-Peningkatan jumlah sampah,
Kebanyakan botol plastik dihasilkan untuk di gunakan sekali sahaja,terutamanya botol yang mempunyai label nombor 1 tertera di bawah botol tersebut.Dalam pada itu,setiap orang di sarankan mimun lapan gelas air sehari iaitu sekitar 4 botol (500ml)air.Cuba bayangkan jumlah sampah yang di hasilkan oleh botol plastik yang terkumpul di tapak pelupusan sampah sekiranya semua orang meminum air dalam botol plastik.Keadaan ini bertambah buruk memandangkam kadar kitar semula plastik di negara kita masih rendah(hanya dalam limkungan 3%)dan botol,plastik pula tidak dapat di biodegrasikan.

2-Pembaziran Air.
Proses penulenan yang kompleks, panjang dan juga kehilangan akibat penyejatan (exaporation loss)yang berlaku semasa pengilangan air ke dalam botol memerlukan 3 kali jumlah air mentah untuk menghasilkan satu botol air terproses.Di samping itu,agen pencuci yang di gunakan sewaktu pemprosesan botol ini boleh mencemar sumber air seperti sungai dan tasik.

3-Pengurangan sumber yang tidak boleh di perbaharui
Penghasilan botol plastik mengunakan bahan daripada petroleum,iaitu sumber yang tidak boleh di perbaharui,Dianggarkan 17 juta tong minyak digunakan setiap tahun di Amerika Syarikat untuk menghasilkan botol air plastik sahaja.Sumber ini akan semakin berkurangan dengan bertamabahnya penghasilan botol plastik bagi menampung permintaan pasaran yang terus meninggkat.

4-Risiko Kesihatan.
Menurut kajian baru pada September 2008 oleh 'Journal of America Medical Associtions' dan juga laporan terkini (November 2008) dari program Toksidlogi Negara (Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat) botol plastik yang mengunakan Bisphenol A (BPA) boleh membawa risiko kesihatan,lebih-lebih lagi kesihatan kanak-kanak.Pengunaan yang kasar seperti pendedahan lama kepada persekitaran yang panas,mencuci dengan agen pencuci yang kuat atau mengisi dengan air yang mendididh boleh mengakibatkan dan mempercepatkan bahan kimia nini memcemari air dalam botol.BPA memberi kesan yang sama seperti hormon astrogen.Pengumpulan dalam badan manusia boleh menjejaskan pertumbuhan otak,sistem kesuburan dan fungsi fungsi lain badan.

PENYELESAIAN
Apa yang boleh kita lakukan ialah menghantar botol plastik yang telah di gunakan ke pusat kitaran semula.Ini dapat mengurangkan kuantiti botol plastik yang di buang di pusat pelupusan sampah.Akan tetapi,pastikan botol plastik yang di gunakan tidak memgandungi BPA.

Botol plastik yang memgandungi BPA,selalunyan mempunyai nombor 7,tertera di bawah botol tersebut.Namun ini tidak bermakna semua botol plastik bernombor 7 mengandungi BPA, kerana nombor 7 bermakna 'lain lain jenis plastik' Pastikan kandunganya di rujuk dengan pembuat botol tersebut

Sebagai alternatif kepada botol plastik,gunalah botol kaca atau botol besi jenis tahan karat,Ia bukan saja mesra alam,tetapi boleh di gunakan semula,Namun pastikan anda sentiasa memcuci cawan atau botol ini dengan sabun pencuci serta pastiakn ia kering dahulu sebelum mengisi semula dengan air,Ini kerana botol yang sentiasa mengandungi air adalah lebih terdedah kepada pertumbuhan kuman dan bakteria

#sumber#


Sabtu, 8 Jun 2013

Penapis Air Lutsinar biak bakteria E-coli







Indah Water Didakwa Buang Sisa Kumbahan Ke Sungai.


Klorin.







Bukan Semua Air Paip Selamat.


Ramai Bantah Penswastan Air.


Sisa Buangan Jejas Alam Sekitar.


Bisphenol A



4 Jenis Bahan Pencemaran.



Asid dan Alkali.


Pencemaran


Sungai Jadi Tong Sampah.


Air Paip Keruh Silap Pengguna.


Analisis Keperluan.


Analisis Keperluan Air.


Analisis Keperluan Pencemaran Air.


Ammonia Punca Air Bau Najis.


Alum Sudah Lama Dikesan Bawa Mudarat,


Air Paip Berkarat.


Cara Rawatan Air.


Air Tercemar


Air Punca Penyakit